Yang Ikut

Wednesday, 18 August 2010

Beruntungnya hidup berbilang bangsa

Reactions: 
Tiada isu besar yang aku akan tulis sekarang ini. Cuba sesekali anda baca tajuk suratkhabar sekarang ini. Di mana-mana sahaja isu perjuangan kaum dan bangsa menjadi topik utama. Orang Melayu bercakap tentang ketuanan kita. Orang Cina juga bercakap tentang hak mereka. Pastinya, orang India juga akan memperkatakan hal yang sama.

Mari kita diam. Kita berhenti sejenak. Kita berfikir.

Sesekali aku terasa, beruntung juga ada banyak bangsa di negara kita. Setidak-tidaknya itu boleh dijadikan modal untuk berniaga politik.

Sebab - yang miskin, tanpa mengira apa bangsanya - bermandi peluh mengerah keringat, berkedut wajah menahan beban. Hidupnya bermula pagi, lewat malam belum berakhir. Anak-anaknya di rumah tidak sempat mengecam muka ayahnya. Isteri sudah tidak kisah lagi sama ada suami pulang atau tidak. Yang penting - besok pagi ada wang untuk membeli beberapa bungkus nasi lemak - buat bekal anak ke sekolah.

Yang kayanya pula siapa? Orang itu juga. Orang yang banyak bercakap hal perjuangan bangsa. Mereka inilah pemilik bangunan puluhan tingkat. Mereka inilah pemilik ladang kelapa sawit. Ada harta di London, ada banglo di Perth. Di Adelaide pun mungkin ada. Jangan bimbang. Mereka ini juga berbilang bangsa.

Sebab itu aku berbangga hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

2 comments:

ihsan_huhu said...

berbilang bangsa. g alkhalil makanan arab lebanese, g IDC makanan arab sudan, g city mosque berbuka makanan Iraqi

mmg bes

ziarah76 said...

betul, orang tu jugak... dia dan keluarga mereka....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails