Yang Ikut

Tuesday, 3 August 2010

Ini cerita profesor

Reactions: 
Tadi, seorang sahabat lama - Din, bertanya mengapa lama tidak update. Jawapan paling mudah, sibuk. Jawapan lain yang mungkin sesuai - sebenarnya tidak ada apa yang hendak ditulis. Sebenarnya itulah jawapannya.

Aku sedang cuba menganalisis data yang diberikan seorang Profesor dari Universiti Tokyo. Seperti biasa, data yang dia ada baik. Aku cuba bandingkan dengan data Malaysia. Data aku yang selalu kucar kacir. Orang mungkin mengisi soal selidik tanpa membaca. Itu masalah biasa. Sebab itu - aku malas menulis di blog.

Bagaimana pun - aku ada sedikit cerita. Cerita profesor.

Bagaimana agaknya imej profesor yang selalu anda bayangkan? Bagaimana anda menanggap profesor kita di Malaysia. Satu hari nanti, Sdr Ben mungkin juga bakal jadi profesor. Adakah profesor itu sangat protokol? Atau profesor itu sangat garang? Atau mereka hanya pandai bercakap, tetapi apabila menggoogle di internet, nama mereka tidak keluar?

Semua ini adalah kebarangkalian yang boleh berlaku.

Aku bernasib baik datang ke Australia. Sempat juga aku berkenalan dengan beberapa orang profesor dunia yang ternama. Antaranya ialah Prof Christian Dormann dari Germany. Orangnya biasa sahaja. Seorang lagi, Prof Akihito dari Jepun. Beliau mungkin belum lagi sebaris dengan Prof Dormann. Tapi kedua-keduanya biasa sahaja. Kita boleh duduk berbual dengan mereka. Sesekali boleh mengirim e-mel.

Banyak lagi profesor ternama Barat yang boleh kita kirimkan e-mel kepada mereka, dan mereka akan menjawabnya dengan cepat. Yang ternama ini biasanya orang yang berkelaku biasa sahaja.

Tetapi, itu bukanlah ceritanya kali ini.

Sejak dua minggu ini, ada seorang pelawat dari Universiti Barcelona. Dia duduk di meja sebelah aku. Orangnya masih muda. Kerana dia masih tidak pandai dalam AMOS, maka aku bolehlah mengajar beliau akan hal itu. Dia memang seorang yang pandai statistik. Tetapi, dia menggunakan software yang lain.

Jadi kami selalu berbual. Dia juga mempunyai begitu banyak 'trick' memanipulasi data yang kacau bilau. Katanya ini tidak akan diajar di bilik kuliah. Tidak juga bakal ditulis di dalam buku teks. Tetapi ini bukan hal yang salah. Apa caranya? Aku tidak boleh beritahu. Ini tidak juga boleh diajar melalui blog!

Dia juga selalu balik menaiki bas bersama aku. Boleh dikatakan setiap hari.

Dua tiga hari lalu, dia memintakan aku mengrimkan dia satu artikel. Dia menghulurkan kadnya bagi membolehkan aku menulis alamat emailnya.

Membelek kad nama beliau, baru aku tahu - dia juga sebenarnya seorang profesor. Bila aku google nama beliau dalam internet, begitu banyak jurnal yang telah dia tulis. Patutlah dia seorang profesor.

Cuba anda google nama profesor kita pula.

Ini adalah hari terakhirnya. Besok dia akan balik ke Sepanyol.

Sebelum balik tadi, aku berpesan agar dia membelikan aku tiket perlawanan Barcelona vs. Real Madrid.


2 comments:

ainishamsi said...

Gila cool pesanan yang terakhir tu.

Sebab tu skrg uni kat malaysia mula sibukkan hal ISI.Tapi timbul pulak isu, kalau pengajian yg berkaitan islam dan melayu, mana ada penanda aras ISI?

But then again, saya rasa, contribution, baik kepada masyarakat mahupun kepada bidang tu sendiri, itu yang penting.

Di sini, semuanya perlu dipanggil mengikut pangkat. Ikutkan hati nak je minta student panggil nama tanpa perlu ber'cik' atau ber'miss' atau ber'kakak2'. Tapi menurut aturan dan protokol, perlu ada jarak antara student dan pengajar, kalau tak mungkin timbul isu mengada2.

Entahlah...

ajaq said...

....aku berharap ada prof seperti itu di malaysia......bakal prof itu ialah hang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails